Sunday, May 30, 2010

1st step...

Salam...

ChocPurple biz mengalu-alukan & berterima kasih kepada pengunjung laman ini..

Bagi sesi orientasi..hehe suai kenal..ChocPurple biz adalah kepunyaan dua beradik yang telah lama mengidamkan bisnes sendiri..Lama sungguh memikirkan bisnes yang hendak dijalankan..Bermacam-macam bisnes sudah dibuat+dilalui, tapi hasilnya kurang memberangsangkan..Bukan kerana tidak berusaha tapi mungkin bukan minat yang mendalam..

Oleh kerana telah lama menyimpan hasrat+semangat..terlintaslah ChocPurple biz  ini..nama bisnes macam kedai kek jea..hahaa idea tercetus dari warna kegemaran..erm terlalu banyak halangan+dugaan+cabaran untuk mewujudkan ChocPurple biz  ini..di samping kesibukan menjalani rutin harian+keluarga malahan bebanan kerja tidaklah melumpuhkan semangat yang membara..

ChocPurple biz ...perkhidmatan cenderahati+"door gift" untuk sebarang majlis tidak kira lah majlis kecil-kecilan, besar-besaran atau untuk peribadi dijadikan kenangan...semuanya ChocPurple biz  terima..berpatutan dengan harga dan bersesuaian dengan majlis..unik & menarik..itu tema ChocPurple biz ..seiring dengan era globalisasi ICT..semuanya di hujung jari...hehee

Demikianlah serba sedikit sesi pengenalan dari ChocPurple biz ..sekiranya anda berminat untuk berkongsi citarasa+idea serta ingin menambah wang poket daripada bisnes ChocPurple biz  ini...sangat-sangat DIALUKAN..

Sekian, wassalam..

0 comments:

Post a Comment

 

ChocPurple biz © 2008. Design By: SkinCorner